Ekologi Kerbau Afrika

Kumpulan kerbau di Masai Mara, Kenya

Kerbau Afrika merupakan salah satu haiwan peragut paling berjaya di Afrika. Ia tinggal di kawasan berpaya dan dataran banjir, termasuk juga mopane padang rumput dan kebanyakan hutan gunung utama di Afrika. Kerbau ini gemarkan habitat dengan semak tebal, seperti mengsiang dan belukar, tetapi juga boleh dijumpai di hutan terbuka.[3] Sungguhpun tidak begitu cerewet dengan persekitaran, mereka memerlukan air setiap hari, dengan itu bergantung kepada sumber air tetap. Sama seperti kuda belang dataran, kerbau Afrika mampu hidup meragut rumput kasar dan tinggi. Kawanan kerbau meragut rumput dan membuka ruang pada peragut yang lebih memilih. Ketika meragut, kerbau menggunakan lidahnya dan barisan gigi kacip untuk meragut rumput lebih pantas berbanding haiwan maun Afrika yang lain. Kerbau Afrika tidak kekal lama di kawasan yang telah dihenyak atau kehabisan rumput.

Kerbau di dalam air

Selain manusia, kerbau Afrika kurang diancam pemangsa dan berupaya mempertahankan diri mereka dari (malah membunuh) singa.[4] Singa membunuh dan memakan kerbau dengan tetap, dan di sesetengah kawasan, kerbau merupakan mangsa utama singa. Ia biasanya memerlukan usaha beberapa ekor singa untuk menjatuhkan seekor kerbau dewasa ; bagaimanapun, dalam beberapa kejadian yang dilaporkan di mana singa jantan tunggal telah berjaya menjatuhkan seekor kerbau jantan besar.[petikan diperlukan] Buaya Nil biasanya akan menyerang hanya haiwan tua bersendirian dan anak muda, sungguhpun mereka mampu membunuh kerbau dewasa yang sihat.[5] Cheetah, Harimau Kumbang dan dubuk bertompok ("spotted hyena") hanya mengancam anak yang baru lahir, sungguhpun dubuk bertompok telah direkodkan membunuh kerbau jantan dewasa dalam beberapa kejadian.[6]


Kerbau Tanjung dan anaknya

Pembiakan

Kerbau mengawan dan melahirkan anak hanya semasa musim hujan. Kelahiran memuncak pada awal musim, dengan mengawan memuncak berikutnya. Kerbau jantan akan mengawal ketat kerbau betina yang mula berahi, sementara menghalau kerbau jantan yang lain.[3][7] Ini biasanya sukar kerana, kerbau betina agak liar dan menarik banyak kerbau jantan ke tempat itu. Apabila kerbau betina paling subur, hanya kerbau jantan paling berkuasa dalam kawanan kekal di situ.[3]

Kerbau betina melahirkan anak pertama pada usia lima tahun, selepas tempoh bunting selama 11.5 bulan. Anak yang baru dilahirkan kekal tersembunyi dicelah tumbuhan bagi beberapa minggu pertama ketika disusukan sekali sekala oleh ibunya sebelum menyertai kawanan utama. Anak kerbau ditempatkan ditengah-tengah kawanan bagi keselamatan.[8] Ikatan keibuan antara ibu dan anak kekal lebih lama berbanding bovin yang lain. Bagaimanapun, apabila anak kerbau baru dilahirkan, ikatan itu berakhir dan si ibu akan menjauhkan anaknya dengan menanduknya. Sungguhpun begitu, anak muda akan kelak mengikuti ibunya selama setahun lagi. Anak jantan akan meninggalkan ibunya ketika berusia dua tahun dan menyertai kumpulan bujang.

Rujukan

WikiPedia: Kerbau Afrika http://nature.ca/notebooks/english/capebuff.htm http://www.ultimateungulate.com http://www.youtube.com/watch?v=LU8DDYz68kM http://web.archive.org/web/20101027125404/http://w... //doi.org/10.1017%2FS095283690500748X http://www.iucnredlist.org/details/21251 http://www.iucnredlist.org/search/details.php/2125... http://www.wildlife-photo.org/keysearch.php?key=af... http://www.bbc.co.uk/nature/species/African_buffal... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Syncer...